Friday, November 28, 2008

KALAU ADA PILIHANRAYA DI PENSIANGAN ... PILIHLAH ...

1. Pilihkan kerajaan dan parti yang telah mambina jalan raya dan mengkasi aspal dari Keningau ke Nabawan (parti pembangkang juga guna jalan ni..)
2. Pilihlah kerajaan/parti yang telah bikin sekolah tampat anak-anak kita balajar. (termasuk juga anak-anak parti pembangkang ...)
3. Pilihlah Kerajaan/parti yang telah menyediakan Pinjaman/Biasiswa untuk anak-anak kita ke menara gading (Unibesti la itu) ...(termasuk juga menafaatnya kepada anak-anak parti pembangkang)
4. Pilihlah Kerajaan/parti yang telah menghapuskan yuran peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM (banyak juga tu)
5. Pilihlah Kerajaan/parti yang telah menurunkan harga minyak (siapa juga pakai kereta ... bukan penyokong karajaan saja)
6. Pilihlah Kerajaan/parti yang telah bikin UMS/UITM/Politeknik/Insititut Perguruan (termasuk di Keningau) dan banyak lagi poli2 yang lain (mana ada syarat anak penyokong BN saja bolih masuk)
7. Pilihlah Kerajaan/parti yang telah manyadiakan bakalan api (mana ada syarat rumah orang BN saja dapat)
8.Pilihlah Kerajaan / parti yang telah me ...
. Pilihlah Kerajaan / parti yang telah me ...
kalau ku taip, sampai minggu dapan pun balum habis ...

Thursday, November 27, 2008




KONFLIK POLITIK THAILAND ... DEMOKRASI CARA MINORITI




Thailand kini nampaknya menuju ke puncak kehancuran . Konflik politik yang wujud berbulan lamanya sudah semakin parah. Pakatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) yang telah berbulan-bulan berdemontrasi kini nampaknya menguasai keadaan di kota Bangkok.

Walaupun pilihanraya umum Thailand baru sahaja diadakan, tetapi politiknya terus `memuntahkan lahar' persengketaan. Parti yang mendapat majoriti kerusi dan sokongan rakyat dibantah. Jadi apa gunanya pilihanraya?. Nampaknya siapa pun yang menjadi Perdana Menteri, ia tetap tidak memuaskan hati sebahagian orang.


Nampaknya ekonomi Thailand akan mengalami kejatuhan. Sektor pelancongan akan menjadi gelap. Perpaduan rakyat akan menjadi perpecahan. Untungkan mereka yang mengadakan demonstrasi ini?

Apa yang berlaku di Thailand patut menjadi pengajaran berguna kepada rakyat Malaysia. Ini kerana di negara kita pun sudah ada demonstrasi haram. Sebahagiannya dibuat oleh pertubuhan haram pulak tu!. Pilihanraya sudah berlalu. Masa yang ada perlu digunakan untuk semua pihak khususnya pembangkang membantu Kerajaan membangunkan negara dan rakyat.


orang kita jangan `gauk' saja ...





ROTI CANAI, TEH TARIK TURUN 10 SEN ... TIDAK MEMBERI KESAN KEPADA PENGGUNA



Pengumuman Penurunan harga Roti Canai dan Teh Tarik sebanyak 10 sen oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah, telah dipaparkan di muka depan media cetak di negeri Sabah, pada 26 November lalu.



Alasannya, untuk menyahut seruan kerajaan dan tanda prihatin kepada beban pengguna.


Terima kasih lah ...


Tapi persoalannya,


1. berapa ramai daripada kita yang makan roti canai dan minum teh tarik sebagai menu utama?


2. Walau pun harga dikurangkan, tentunya saiz makanan/minuman juga boleh dikurangkan!



Apa sangat lah kesannya penurunan harga itu kepada pengguna. Kerana pengguna mahukan suatu pengumuman yang lebih dari itu. Bagaimana barang keperluan lain yang lebih utama kepada pengguna ?.


Kerajaan dah umumkan pelbagai penurunan harga terutamanya minyak. Terima kasih Kerajaan BN. Tapi peniaga tidak juga turunkan harga barang.


berapa ramai sangat yang pakai kereta ...

























YOGA ... CARILAH SENAMAN LAIN



Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan senaman yoga telah pun menimbulkan polemik, bukan sahaja dikalangan masyarakat Islam tetapi juga bukan Islam. Malang sungguh salah satu kaedah untuk bersenam ini menimbulkan polemik.


Kita memahami, mungkin ada juga pengusaha pusat-pusat senaman yoga ini terdiri daripada orang Islam. Pengharaman ini mungkin akan merugikan perniagaan mereka, apatah lagi yang telah mengusahakannya sejak bertahun-tahun. Tetapi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sudah tentunya dibuat setelah kajian dibuat sebelum ini. Malang sungguh jika masyarakat Islam menjadikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai polemik, kerana perkara berkaitan hukum bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang ringan.


Bantahan pertubuhan lain daripada masyarakat Bukan Islam terutama pada perkataan "Haram" pula tidak sepatutnya dibuat. Ini kerana keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan hanya melibatkan masyarakat Islam. Jangan pula senario politik hari ini dijadikan tiket untuk masuk campur dalam urusan hukum hakam masyarakat Islam.


Masyarakat Islam mempunyai banyak pilihan lain untuk senaman. Bukan terhad kepada yoga sahaja. Bantahan dan ketidaksetujuan hanya menggambarkan sikap kita terhadap agama kita sendiri.


Sembahyang itu juga senaman ...

Wednesday, November 26, 2008



PENSIANGAN ... GELANGGANG DIBUKA SEMULA



Kemungkinannya amat besar bagi para pengundi Parlimen Pensiangan sekali lagi akan kembali mengisi tong undi dengan kertas undi masing-masing. Kita semua tahu mahkamah telah pun memutuskan bahawa kemenangan calon BN adalah batal. Bila pilihanraya kecil diadakan, kita tunggu sahajalah.


Sekarang cakap-cakap sudah begitu meluas tentang calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil berkenaan, samada parti BN atau pun PKR. Dalam PKR pun tentunya ada perebutan calon. Kita lihat nanti ... siapa yang kena !.


Saat-saat menghadapi pilihanraya ini, memanglah emosi rakyat akan dimainkan. Pelbagai janji dari pelbagai parti politik dan calon sudah kedengaran. Isu-isu tertentu sengaja dimainkan supaya rakyat akan menghamburkan kemarahan kepada Kerajaan. Terutamanya isu pembangunan dan tanah...


Tetapi kita harap rakyat akan realistik dan berpandangan jauh. Pembangunan bukanlah proses yang berlaku sekelip mata. tetapi hakikatnya, Pensiangan khususnya Nabawan telah jauh membangun jika dibandingkan 10 tahun lalu. Dengan kerajaan yang stabil, sudah tentu akan lebih banyak pembangunan dibawa ke Pensiangan. Memberikan kemenangan kepada Pembangkang atau calon Bebas, mungkin hanya memenuhi perasaan marah, tetapi tidak memberi sebarang keuntungan menyeluruh kepada apa yang rakyat mahukan. Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar.


Pilihkan parti yang terbukti track record dalam membangunkan negara. Siapa tahu calon berkenaan (BN) akan terpilih dalam kabinet Persekutuan.




Thursday, November 20, 2008




POLITIK WANG ... BUKAN MUDAH DIHAPUSKAN






Keributan politik wang sekali lagi dibahaskan tak kala UMNO mengadakan pemilihan diperingkat Bahagian dan pencalonan bagi jawatan-jawatan dalam UMNO Pusat pada bulan Mac 2009. Seakan sudah menjadi sinomin apabila UMNO mengadakan pemilihannya, isu politik wang turut dibahaskan. Kerisauan politik wang yang melanda UMNO bukan sahaja meresahkan Presiden UMNO tetapi juga ahli-ahli UMNO yang melihat ia sebagai isyarat yang kurang baik untuk pemulihan kekuatan parti selepas `kejutan' dalam pilihanraya Mac lalu.



Ketika Tun Dr.Mahathir menjadi Presiden UMNO, beliau telah banyak bercakap tentang politik wang yang merupakan tiket kepada kejatuhan UMNO meraih sokongan rakyat. Malahan kerisauan dan kebimbangan beliau masih beliau suarakan sehingga ke hari ini.



Sebagai parti yang menjadi tunjang kepada kerajaan Barisan Nasional, memang ramai ahli UMNO mengidamkan jawatan-jawatan tinggi dalam parti. Semakin tinggi kedudukan dalam parti, sudah tentu ia juga memberikan ruang yang luas untuk memperolehi kuasa dalam kerajaan. Tetapi, apakah ahli-ahli UMNO sanggup membiarkan parti tersungkur dikemudian hari disebabkan dipimpin oleh mereka yang tidak ada kualiti, tetapi duduk di atas sana kerana taburan habuan kepada para perwakilan. Kadang-kadang kita berkata, bagus kalau ada ramai pemimpin yang bertanding untuk satu-satu jawatan kerana ia memberikan pilihan untuk memilih yang terbaik. Tetapi tidak mustahil juga jika perebutan berkenaan menyebabkan setiap pemimpin terpaksa mengeluarkan habuan terutamanya wang ringgit semata-mata mahu menang dalam pertandingan berkenaan.

Samada kita setuju atau tidak, politik wang telah dipelajari sekian lama dalam pelbagia bentuk termasuklah dalam musim pilihanraya. Kita tahu semasa pilihanraya pelbagai habuan disogok kepada pengundi termasuklah yang pernah kita dengan kain batik, zink, papan dan projek-projek pembangunan. Dulu pernah seorang calon pilihanraya yang juga seorang praktis doktor memberikan rawatan secara percuma kepada orang ramai. Itu juga kategori politik wang?. Mungkin bentuknya saja lain. Kita juga dengar, pada musim pilihanraya terutama pada hari mengundi, para pengundi diberikan wang tambang +wang makan oleh calon yang bertanding supaya pulang dan mengundinya. Bukankah itu juga politk wang?. Jadi politik wang sebenarnya sudah menular dalam pelbagai bentuk, musim dan kepartian.

Tidak mudah menghapuskan politik wang selagi ada tawaran dan permintaan. Yang perlu sedar bahawa politik wang itu adalah `barah' dalam perjuangan UMNO adalah pemimpin yang bertanding kerana merekalah yang mahukan kedudukan dalam parti.

Jadi ahli-ahli/perwakilan tidak salah?. Mereka juga turut bersalah kerana memasukkan kriteria `habuan' untuk memilih pemimpin.

Tuesday, November 18, 2008

PESTA KUBIS ... ITU SAJA KAH TENTANG KUNDASANG ?


Perjalanan ke Kundasang pada 15hb - 16hb lalu, membawa saya ke Pesta Kubis yang agak minima publisitinya, tetapi rupanya telah pun dilaksanakan sejak tahun 1997 (sudah 9 kali). Pesta ini tidak diadakan pada tahun 1998, 2000 dan 2002. Semasa pesta berlangsung, juru acara yang mengendalikan pelbagai program pertandingan, berulang kali melaungkan ungkapan " mustahil! kalau tidak minum ... ".



Mengikut sejarah penanamannya, kubis telah pun ditanam di Kundasang sejak 50 tahun dahulu. Kunjungan ke pesta ini juga membolehkan saya mengetahui lebih banyak tentang kubis. Jenis Kubis yang mula-mula diperkenalkan ditanam di Kundasang adalah daripada jenis Ball Head. Jenis ini akan matang dalam tempoh 75 hari, dan boleh mencapai berat 2.5 kg. Perkembangan semasa membawa kepada pengenalan beberapa jenis kubis. Antaranya Tight Globe, Green Cup, Cavalier, Resis Crown, Green Stone, N-S Cross, Southern Treasure, Spring Hero, Resist Lake, Autumn Queen, M633, Savoi Ace dan banyak lagi. Beberapa jenis kubis ini boleh mencapai berat sehingga 6 kg. Kubis jenis Green Point merupakan kubis berbentuk bujur. Jenis ini mempunyai harga pasaran yang baik (tinggi) berbanding yang lain dan kini pasarannya semakin meluas.


Walaupun dinamakan Pesta Kubis, tetapi Kundasang juga menghasilkan tanaman tanah tinggi yang lain seperti kentang, cili, broccoli, tomato dan lainnya. Walaupun penghasilan sayuran kubis dan lainnya dari kawasan Kundasang ini agak tinggi, tetapi pasarannya hanya berkisar di negeri Sabah dan negara jiran Negara Brunei. Tidak seperti di Cameron Highlands yang pasarannya meliputi seluruh Semenanjung Malaysia, malahan ke seberang tambak, Singapura. Pasaran yang agak tertutup dalam negeri, mungkin menyebabkan para penanam sayur tidak mampu meningkatkan ekonomi sedia ada. Ini kerana sayur merupakan produk yang tidak boleh bertahan lama kesegarannya.

Ada juga saranan daripada pemimpin setempat agar perusahaan IKS diwujudkan bagi sebagai tambah nilai (value added) kepada sayuran tadi. Umpamanya pembukaan perusahaan membotolkan sos. tetapi ia mungkin tidak mampu bertahan jika bekalan bahan mentah itu sendiri tidak dapat dihasilkan secara berterusan.

Sebagai tuan tanah dimana terletaknya Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara, Kundasang sememangnya menjadi tumpuan pada pelancong samada dalam negeri mahupun luar negeri. Ini boleh dapat dilihat dengan kadar penginapan di hotel, resort serta penginapan budget yang tinggi.

Apa pun, samada kita setuju atau tidak, sesuatu perlu dilakukan terhadap Pekan Kundasang yang saya lihat kurang dari segi kebersihan (sampah sarap hampir diserata perkarangan kedai, gerai dan jalan) kerana ini mungkin memberi kesan negatif terhadap kedatangan pelancong pada masa hadapan. Sesuatu juga perlu dilakukan terhadap bangunan kedai dan gerai di pekan ini yang berserabut dan tidak tersusun. Dan sesuatu juga perlu dilakukan terhadap pemandangan gerai-gerai menjual sayur disepanjang jalan yang agak usang dan buruk, tidak padan dengan kesegaran sayur yang dijual didalamnya.



Pesta Kubis 2009, semua ini mungkin sudah berubah ?...