Thursday, November 20, 2008




POLITIK WANG ... BUKAN MUDAH DIHAPUSKAN






Keributan politik wang sekali lagi dibahaskan tak kala UMNO mengadakan pemilihan diperingkat Bahagian dan pencalonan bagi jawatan-jawatan dalam UMNO Pusat pada bulan Mac 2009. Seakan sudah menjadi sinomin apabila UMNO mengadakan pemilihannya, isu politik wang turut dibahaskan. Kerisauan politik wang yang melanda UMNO bukan sahaja meresahkan Presiden UMNO tetapi juga ahli-ahli UMNO yang melihat ia sebagai isyarat yang kurang baik untuk pemulihan kekuatan parti selepas `kejutan' dalam pilihanraya Mac lalu.



Ketika Tun Dr.Mahathir menjadi Presiden UMNO, beliau telah banyak bercakap tentang politik wang yang merupakan tiket kepada kejatuhan UMNO meraih sokongan rakyat. Malahan kerisauan dan kebimbangan beliau masih beliau suarakan sehingga ke hari ini.



Sebagai parti yang menjadi tunjang kepada kerajaan Barisan Nasional, memang ramai ahli UMNO mengidamkan jawatan-jawatan tinggi dalam parti. Semakin tinggi kedudukan dalam parti, sudah tentu ia juga memberikan ruang yang luas untuk memperolehi kuasa dalam kerajaan. Tetapi, apakah ahli-ahli UMNO sanggup membiarkan parti tersungkur dikemudian hari disebabkan dipimpin oleh mereka yang tidak ada kualiti, tetapi duduk di atas sana kerana taburan habuan kepada para perwakilan. Kadang-kadang kita berkata, bagus kalau ada ramai pemimpin yang bertanding untuk satu-satu jawatan kerana ia memberikan pilihan untuk memilih yang terbaik. Tetapi tidak mustahil juga jika perebutan berkenaan menyebabkan setiap pemimpin terpaksa mengeluarkan habuan terutamanya wang ringgit semata-mata mahu menang dalam pertandingan berkenaan.

Samada kita setuju atau tidak, politik wang telah dipelajari sekian lama dalam pelbagia bentuk termasuklah dalam musim pilihanraya. Kita tahu semasa pilihanraya pelbagai habuan disogok kepada pengundi termasuklah yang pernah kita dengan kain batik, zink, papan dan projek-projek pembangunan. Dulu pernah seorang calon pilihanraya yang juga seorang praktis doktor memberikan rawatan secara percuma kepada orang ramai. Itu juga kategori politik wang?. Mungkin bentuknya saja lain. Kita juga dengar, pada musim pilihanraya terutama pada hari mengundi, para pengundi diberikan wang tambang +wang makan oleh calon yang bertanding supaya pulang dan mengundinya. Bukankah itu juga politk wang?. Jadi politik wang sebenarnya sudah menular dalam pelbagai bentuk, musim dan kepartian.

Tidak mudah menghapuskan politik wang selagi ada tawaran dan permintaan. Yang perlu sedar bahawa politik wang itu adalah `barah' dalam perjuangan UMNO adalah pemimpin yang bertanding kerana merekalah yang mahukan kedudukan dalam parti.

Jadi ahli-ahli/perwakilan tidak salah?. Mereka juga turut bersalah kerana memasukkan kriteria `habuan' untuk memilih pemimpin.

No comments: