Thursday, November 27, 2008


YOGA ... CARILAH SENAMAN LAIN



Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan senaman yoga telah pun menimbulkan polemik, bukan sahaja dikalangan masyarakat Islam tetapi juga bukan Islam. Malang sungguh salah satu kaedah untuk bersenam ini menimbulkan polemik.


Kita memahami, mungkin ada juga pengusaha pusat-pusat senaman yoga ini terdiri daripada orang Islam. Pengharaman ini mungkin akan merugikan perniagaan mereka, apatah lagi yang telah mengusahakannya sejak bertahun-tahun. Tetapi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sudah tentunya dibuat setelah kajian dibuat sebelum ini. Malang sungguh jika masyarakat Islam menjadikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai polemik, kerana perkara berkaitan hukum bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang ringan.


Bantahan pertubuhan lain daripada masyarakat Bukan Islam terutama pada perkataan "Haram" pula tidak sepatutnya dibuat. Ini kerana keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan hanya melibatkan masyarakat Islam. Jangan pula senario politik hari ini dijadikan tiket untuk masuk campur dalam urusan hukum hakam masyarakat Islam.


Masyarakat Islam mempunyai banyak pilihan lain untuk senaman. Bukan terhad kepada yoga sahaja. Bantahan dan ketidaksetujuan hanya menggambarkan sikap kita terhadap agama kita sendiri.


Sembahyang itu juga senaman ...

No comments: