Wednesday, December 3, 2008

KETUANAN MELAYU MENGIKUT PERSPEKTIF DR.RAIS YATIM



kata Datuk Seri Dr. Rais Yatim :-


" Orang Melayu perlu kuat, berilmu tinggi dan berkeupayaan mengatasi perjuangannya tanpa kelemahan jika mahu melihat Ketuanan Melayu terus kukuh dan tidak dijadikan pertikaian mana-mana pihak "


"Orang Melayu juga memerlukan individu atau pemimpin yang berani menyatakan sesuatu mengenai Ketuanan Melayu jika tidak mahu terus `dipukul'oleh pihak lain yang melihat Melayu lemah dan tidak lagi gagah seperti sering diperkatakan "


"kalau kita lemah seperti pokok condong, kura-kura pun naik. Dulu pokok orang Melayu berada dalam kedudukan tegak, usahkan kura-kura, monyet pun tidak berani naik "


"hal ini jangan kita cucuk pada pandangan politik. Istilah Ketuanan Melayu itu berasal dari pensejarahan Sultan Melayu dan bagi orang Melayu, ketuanan mereka ialah Sultan yang memerintah sesebuah negeri. Jadi kita tidak boleh sebut ketuanan dalam bentuk MIC dan MCA "


polemik Ketuanan Melayu menjadi besar selepas PR-12. orang berani kerana kita sudah semakin lemah ... sedarlah ...

1 comment:

Padamar Seri said...

Betul tu ...

Hari ini bilangan orang yang bercakap lepas dimulut saja semakin bertambah. Konon terpelajar, bijak pandai tapi pandai apa, pandai mengkritik ja, ini salah itupun salah.

Kalau kritik akupun boleh.

Kalau kita tengok semalam dalam rancangan Riz khan, Al jazera, Bloggers Raja Petra dan 2 orang lagi panel jemputan senang-senang saja mengatakan semua media kita dikongkong kerajaan padahal realitinya tidak semua. Dia ingat surat khabar tidak perlu lesen, kalau tiada lesen memandu contohnya, fuhhhh ... silap-silap media akan melaporkan 1000 kemalangan setiap hari. Semua perkara ada tertibnya.

Sejak 2004 kita sudah lebih terbuka apa.

Nilah golongan yang rasa terlampau pandai mengganggap tanpa memikirkan soal kepentingan majoriti masyarakat umum.

Kena Bom macam di Mumbai baru lah nanti tuding sana-tuding sini. Lepas tu barulah nangis .. oh rupanya ISA ada juga baiknya.

Kerajaan pun jangan suka-suka guna ISA. Sebab ISA berfungsi apabila soal keselamatan kita tergugat. ISA adalah pilihan terakhir kita selepas semua undang-undang telah kita laksanakan.

nilah orang kita

Patutnya gunalah kelebihan itu untuk menyatukan rakyat di Malaysia ini supaya sentiasa berpadu. Tolong majukan ekonomi orang susah.

Laksana dulu baru kritik. ini tidak, kritik terus. Inilah hasilnya bila semua orang buka mulut tapi tidak buka langkah. Silap-silap esok makan nasi pun payah.