Saturday, December 6, 2008


GESAAN BUBARKAN RELA … LIHAT DULU JASA MEREKA


Majlis Peguam telah menggesa agar Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dibubarkan. Alasannya, banyak aduan mengenai anggotanya menyalahgunakan kuasa dan melakukan kekerasan semasa melancarkan serbuan.

Cadangan ini nampak sangat tidak rasional dan mengenepikan kepentingan keselamatan awam. Tugas Rela sebenarnya amat penting khususnya dalam menyokong peranan pihak berkuasa seperti Polis dan Imigresen dalam menguatkuasakan undang-undang Negara. Bilangan angggota Polis dan Imigresen yang terhad, menyebabkan Rela diperlukan dalam membantu tugas mereka. Ini termasuklah membantu serbuan dan menahan Pendatang Tanpa Izin dalam sesuatu operasi. Apatah lagi dalam jumlah PTI yang perlu dikendalikan juga adalah ramai.

Rela juga terlibat membantu pihak Polis dalam menguatkan kawalan dalam sesuatu program. Walhal angggota Rela yang ditugaskan ini hanyalah menikmati elaun yang terhad, berbanding peranan dan tanggungjawab yang mereka pikul. Kadang-kadang angggota Rela terpaksa bekerja dipanas terik dan keadaan hujan semata-mata mahu mempastikan peranan yang mereka pikul dapat dilunaskan.Alasan salahguna kuasa dan kekerasan dalam menjalankan tugas tidak boleh menjadi sandaran untuk membubarkan Rela. Kita tidak menafikan ada kes-kes salahguna kuasa dan kekerasan yang melibatkan anggota Rela. Tetapi ia hanyalah kes terpencil. Dalam sesuatu organisasi yang melibatkan ramai anggota sudah tentu ada juga antaranya yang melakukan kesalahan. Sama juga halnya yang berlaku dalam pasukan Polis. Takkanlah Polis mahu dibubarkan hanya kerana ada anggotanya melakukan kesalahan.

Adakah profesion Peguam perlu dibubarkan hanya kerana ada peguam yang terlibat dengan salah laku dan kesalahan lain ? …

1 comment:

jalurmas said...

Saya amat tertarik dengan cadangan oleh Majlis Peguam yang mencadangkan agar RELA dibubarkan akibat kesilapan anggota menjalankan tugas dengan ditakrifkan dengan kekerasan. Tahniah kepada penulis Ambuyat Janang kerana dapat sedikit sebanyak mengulas dan memberi kefahaman kepada Majlis tersebut. Peliknya, Mengapa hari ini kita perlu membubarkan RELA yang sebelum Malaysia Merdeka dikenali dengan nama PK @ Pasukan Kawalan dan pelbagai nama tetapi tidak sedikit pun melibatkan pelbagai kemudahan yg diberikan ? Sepatutnya kita melihat dari sudut yg positif penglibatan RELA bukan pada hari ini sahaja. Sebelum kita merdeka pun mereka telah banyak membantu pasukan keselamatan dalam memperjuangkan menebus kemerdekaan negara yang hari ini kita kecapi. Pernahkah kita melihat sebelum ini pertubuhan lain melibatkan diri dalam soal-soal keselamatan ? Apakah sumbangan Majlis Peguam dalam menjaga keselamatan negara ? Kita jangan terikut dengan pepatah melayu DAH DAPAT GADING BERTUAH TANDUK TIDAK BERGUNA LAGI. Seharusnya Majlis Peguam mencadangkan agar pelbagai imbuhan yang harus diberikan bahkan proses penjabatan keatas RELA harus dipercepatkan bukan menyelar kepada kesilapan yg terpencil sahaja. Pernahkah kita melihat akan kekejaman warga asing yang menjadikan negara kita sebagai pentas bagi kegiatan tidak sihat mereka ? Hari ini kita telah selesa, Mengapa kita seperti KACANG LUPAKAN KULIT ? Saya membawa pembaca kepada senario cerita layar perak mengenai BUKIT KEPONG dimana tanpa sokongan masyarakat kampung yang terpapang dilengan baju mereka tanda PK mungkin bukit kepong berada pada kedudukan lebih parah lagi. Sepatutnya kita merasa bangga dengan anggota RELA yang sanggup menjalankan tugas walau pun tugas yang dilakukan setanding dengan tugas pasukan lain akan tetapi imbuhan yang mereka terima tidak berbaloi bahkan adakala mereka tidak dibayar dengan alasan SUKARELAWAN. Mengambil kesimpulan KONSEP SUKARELAWAN seharusnya pada hari ini selaras dengan keperluan harian yang sentiasa naik mendadak bahkan kalangan anggota RELA itu sendiri tidak terkecuali dengan bebanan perbelanjaan harian jauh sekali menerima subsidi perbelanjaan sepatutnya kepimpinan dapat memeikirkan Apakah yang harus diberikan kepada kalangan anggota RELA khusus mereka yang aktif dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan Jaga Aman dalam sesuatu program. RELA hari ini masih ditakuk lama jika dianalisa dari pengujudan sehingga hari ini berbanding Pasukan lain yang sentiasa menerima perubahan-perubahan dari masa kesemasa. Sebagai Contoh dalam Kementerian Dalam Negeri terdapat beberapa Jabatan. RELA satu-satunya pertubuhan yang seolah nasi tambah pada KDN yang mana tidak mempunyai keistemewaan. RELA dari sudut logistik pun dilihat seolah tidak dapat menandingi sebuah syarikat swasta. Persoalannya Mengapa kita tidak melihat perkara ini untuk dimajukan demi kesinambungan penjagaan kawalan keselamatan ? Meletakkan tugas dan tanggungjawab kepada PDRM, ATM dll agensi keselamatan adalah dilihat tidak menunjukkan sesuatu kemantapan 100 peratus tanpa penglibatan semua pihak. Kita perlu bertanya pada diri kita APAKAH SUMBANGAN KITA PADA NEGARA ? Kita tidak perlu mempersoalkan APAKAH SUMBANGAN NEGARA PADA KITA. Kesimpulannya Majlis Peguam sepatutnya turut memperjuangkan hak anggota RELA bukan menjadikan RELA terkubur akibat kesilapan yang terpencil. Lihatlah dari sudut positif dan bukan melihat dari sudut negitif semata. Kita merayu pada kalangan yang arif @ Majlis Peguam bantulah RELA setaraf dengan pasukan lain.