Tuesday, December 23, 2008

SWASTAKAN IJN : RAKYAT SABAH LEBIH MENDERITA

Cerita penswastaan institusi kerajaan bukanlah perkara baru. termasuklah kisah Institut Jantung Negara (IJN). Sime Darby dikatakan akan mengambilalih 51 peratus ekuiti dalam IJN daripada Menteri Kewangan Diperbadankan. Institut Jantung Negara (IJN) yang mahu diswastakan, hanyalah sekadar tambahan rekod walaupun kerajaan akhirnya menangguhkan cadangan berkenaan, tapi kita semua tahu bahawa cadangan berkenaan telah dibawa kepada pihak kerajaan. penangguhan hanya timbul kerana bantahan orang ramai.

sudah menjadi amalan, bila sesuatu penswastaan dibuat, perkhidmatan yang selama ini murah akan menjadi mahal. ini kerana para pemegang saham mahukan keuntungan. jadi kalau IJN mahu diswastakan, tentunya tidak ada jaminan sebarang bayaran perkhidmatan akan kekal murah. kerana soal `untung' akan mendominasi pengurusan institusi berkenaan.

sebarang penswastaan IJN tentunya menambahkan lagi kesusahan orang ramai di Semenanjung. dan, kalau sudah mereka pun susah, tentunya kita yang datang dari Sabah dan Sarawak lagi susah. ialah, kita pun tahu tambang udara ke Kuala Lumpur pun sudah mahal. itu belum kira lagi soal makan minum dan tempat tinggal. kalau ada saudara mara, o.k lah. tapi yang tiada, bagaimana ?. ini semua mungkin tidak pernah difikirkan oleh mereka di atas sana.

bercakap tentang IJN, apa yang mahu kita ketengahkan di sini ialah, keperluan sebuah IJN seumpamanya ditubuhkan di negeri ini. kalau sudah ke KL, tentunya belanjanya agak mahal. kalau orang kampung yang susah, ini semua diambil kira. lagilah kalau tidak ada saudara. kita tidak dapat bayangkan bagaimana mereka yang tinggal nun jauh di pedalaman boleh bersedia menghadapi situasi menjaga pesakit di Kuala Lumpur dalam keadaan tidak ada saudara mara. kerajaan kasihanlah pada mereka semua ini. kerajaan kena buat juga. rasanya kerajaan boleh buat, kerana kerajaan kita adalah Kerajaan Prihatin.

2 comments:

Padamar Seri said...
This comment has been removed by the author.
Padamar Seri said...

Sebenarnya tanpa penswastaan pun kerajaan mampu mewujudkan suasana dan persekitaran yang lebih moden dan effisyen.

Kalau gaji doktor dan kakitangan jadi persoalan, naikkan saja mengikut yang sepatutnya. Rakyat tentu tidak marah. Mereka harus diberi ganjaran yang setimpal sesuai dengan tanggungjawab mereka menyelamatkan nyawa manusia. Kalau kecekapan mampu dijanjikan oleh para doktor dan kakitangan, gaji lebih tinggi dari swasta pun aku sokong.

Dalam isu kesihatan ini, penswastaan bukanlah jalan yang terbaik. Biarlah hal-hal kesihatan ini menjadi hak kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan.

Jadikanlah IJN sebagi salah satu mercu tanda kejayaan dan kesungguhan kerajaan dalam membela rakyat.