Tuesday, December 30, 2008

wajib pakai tali pinggang belakang : ini peraturan yang ke berapa ?

mula 1 januari 2009, semua penumpang belakang wajib memakai tali pinggang belakang. sebenarnya sudah banyak peraturan dibuat oleh kerajaan sama ada untuk orang berkenderaan atau bermotorsikal. tapi, semakin banyak peraturan, semakin banyak juga kemalangan.

sekarang penumpang belakang juga kena pakai tali pinggang. bukannya peraturan ini tidak bagus, tapi banyak juga perkara yang kerajaan kena pertimbangkan. biasanya tali pinggang belakang ni cuma ada dua saja. jadi cuma dua orang saja yang akan pakai tali pinggang belakang. bagaimana dengan yang ada ramai ahli keluarga?. tempat duduk belakang mungkin ada lebih daripada dua orang yang duduk. tentunya jika ada tiga penumpang, seorang tidak akan pakai tali pinggang.

kalau ambilkira pelbagai peraturan yang dikuatkuasakan selama ini, tak banyak kesan positifnya. pemakaian tali pinggang belakang pun mungkin akan menerima nasib yang sama macam peraturan lain.

apa yang penting sebenarnya adalah kesedaran orang ramai. kenderaan ni tidak akan merbahaya jika tidak dipandu laju. segala-galanya daripada faktor pemanduan. kalau bawa laju, tentu akan kemalangan juga. tali pinggang belakang tidak memberi sebarang impak ketara dari segi keselamatan. kalau sudah laju, apa jenis tali pinggang dipakai, tetapi memakan korban juga. silap-silap motivasi pemandu untuk memandu laju akan meningkat kerana dia percaya jika semua penumpang memakai tali pinggang, jika kemalangan pun, masih lagi selamat. bagaimana pula kalau kenderaan masuk dalam sungai dan tenggelam? kalau pakai tali pinggang, sempatkah buka ?. kena kempen tahan nafas lagi ...

3 comments:

Padamar Seri said...

Akar kepada setiap masalah di atas jalanraya ialah PEMANDU....

Sepatutnya PEMANDU inilah yang menjadi 'Target' utama dalam mencari penyelesaian.

Ataupun bagilah pihak akademik membuat kajiselidik secara paling terperinci berdasarkan statistik yang ada mungkin telah terkumpul sekian lama. Masalah kejuruteraan jalanraya kah, masalah pemanduan terlalu perlahan kah... macam-macam lagi...

kata orang setakat 'merawat' dahan dan ranting saja belum tentu menyembuhkan pokok (Sikap Pemandu) yang sakit...

KADAYAN BANTING said...

Saya difahamkan cuma tiga sahaja tali pinggang kalidar yang boleh dipasang di tempat duduk belakang. Kalau ada empat orang duduk di belakang maka cuma tiga orang yang diwajibkan memakai tali pinggang dan yang seorang lagi tidak diwajibkan dan tidak akan di saman.

Persoalannya, kenapa ada pengecualian. Ini bermakna keselamatan itu tidak meliputi semua penumpang. Kenapa begitu ?

maharaja said...

kau tiada tali pinggang kalidar belakang polis dan jpj akan saman. duit saman yang kau bayar jadi pendapatan kerajaan. (Peraturan dan undang-undang ini adalah salah satu cara kerajaan menambah pendapatan sedia ada)