Tuesday, December 30, 2008

UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI
selain Barisan Nasional dan PAS, difahamkan calon parti lain dan Bebas juga akan bertanding dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu 17 januari depan.

kalau BN dan PAS, kita tahulah kekuatan yang ada. tapi, yang lain ni, rasanya saudara sendiri pun ramai yang tak sokong. tidakkah mereka terfikir, setakat mana sokongan yang mampu mereka perolehi jika bertanding dalam pilihanraya. kalau pun menang;... tapi tak mungkin akan menang. habis macam tu saja deposit. baik bagi pada orang yang susah.

kita amat sedih macam mana orang seperti Maimun Yusof(Tok Mun), 89 tahun boleh tergerak hati mahu bertanding. dalam pilihanraya umum lalu, beliau mungkin hanya dipergunakan oleh pihak tertentu. bukan nak mengata, kalau dah bergolok bergadai, baik duduk diam dalam rumah saja. baru-baru ini, keluar dalam tv Tok Mun kata mungkin tak bertanding dalam pilihanraya kecil nanti. kalau betullah rumah masa interview tv tu rumah dia, macam tak masuk akal dia ada niat mahu masuk pilihanraya. nampak sangat daifnya. apalah agaknya yang membuatkan seramai 628 pengundi, mengundi beliau semasa pilihanraya umum lepas...

2 comments:

Raden Mas said...

Setuju bangat ngan pendapat c ambuyat sebab bab undi ni satyu tanggung jawab besar yang harus dipikul oleh rakyat. pada siapa yang harus menentukan masa depan mereka. Bukannya mengundi ikut perasaan saja.

Padamar Seri said...

Jarang ada manusia membuat sesuatu perkara tanpa tujuan.. dalam kes ini, rasa-rasanya 'tujuan' apakah yang paling positif mampu kita andaikan..

selain publisiti ... apa lagi? perlu perhatian..? lagi ... entah lah mereka yang 'BEBAS' saja yang mengetahuinya selain YANG MAHA MENGETAHUI.